The Relationship Between Lean Production Management

Add: 28-10-2015, 17:11   /   Views: 301

The purpose of this study is to empirically examine the relationships between lean production, operational performance and business performance in Malaysian manufacturing companies.

Grounded by the Socio-technical System Theory and the Program Theory, this study formulates and and examines a conceptual model that links socially-oriented lean production, technically-oriented lean production, operational performance and business performance.

Although the theories imply that there is a positive relationship between lean production with organizational performance, some results from recent studies suggest that the relationship is not conclusive.

This study utilizes two hundred and five companies, randomly selected from the Federation of Malaysian Manufacturers Directory as sample data.

This study applies structural equation modeling (SEM) method for data analysis using AMOS and SPSS package.

The result indicates that both socially-oriented lean production and technically-oriented lean production significantly contribute to the operational performance of the companies.

The finding also suggests that operational performance partially mediates the relationship between lean production (both socially-oriented lean and technically-oriented lean) and business performance.

The result also demonstrates a significant relationship between operational performance and business performance.

This study presents empirical evidence in the field of management, particularly in the context of operations management.

The findings would further enrich the existing knowledge in this field.

Finally, this study would provide useful guidance for the management to plan, to implement and to generate new measures of lean production in order to enhance business performance at the company level.

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk melihat perhubungan antara Lean Pengeluaran, prestasi operasi dan prestasi perniagaan secara empirikal dalam syarikat-syarikat pembuatan di Malaysia.

Walaupun terdapat banyak kajian ke atas Lean Pengeluaran telah dijalankan sebelum ini, hanya sedikit sahaja yang memberi penekanan kepada kajian empirik.

Kajian sebelum ini juga menunjukkan hasil yang tidak konsisten.

Berpaksikan kepada 'Teori Sistem Sosio-teknikal' dan 'Teori Program', kajian ini telah mewujud dan mengkaji satu model yang menghubungkan Lean Pengeluaran berorientasikan sosial, Lean Pengeluaran berorientasikan teknologi, prestasi operasi dan prestasi perniagaan.

Walaupun kedua-dua teori tersebut menyokong andaian bahawa terdapat hubungan yang positif antara Lean Pengeluaran dengan prestasi organisasi, namun beberapa keputusan daripada kajian terbaru mendapati bahawa hubungan ini adalah tidak konsisten.

Dengan menggunakan dua ratus lima sampel yang dipilih secara rawak dari Direktori Persekutuan Pengilang Malaysia, kajian ini memilih kaedah pemodelan persamaan struktur (SEM) dengan bantuan pakej AMOS dan SPSS bagi tujuan penganalisaan data.

Hasil kajian menunjukkan bahawa perlaksanaan Lean Pengeluaran boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi perniagaan syarikat.

Hasil kajian menunjukkan bahawa prestasi operasi memainkan peranan sebagai separa-pengantara hubungan di antara Lean Pengeluaran dengan prestasi perniagaan.

Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara prestasi operasi dengan prestasi perniagaan syarikat.

Sumbangan utama kajian ini ialah ianya mempamerkan bukti empirikal dalam bidang pengurusan, terutama dalam konteks pengurusan operasi dan seterusnya ia dapat memperkayakan pengetahuan yang sedia ada dalam bidang ini.

Akhir sekali, kajian ini boleh memberi panduan yang berguna kepada pihak pengurusan untuk merancang, menjana langkah-langkah baru dan melaksana sistem Lean Pengeluaran bagi mengoptimakan prestasi di peringkat syarikat.

CONTENTPageLIST OF TABLES

Table No.